Searching...

Best Offer

Popular Posts

Saturday 27 December 2014

Bodoh !! Pentingkan RM200 Dari Nyawa Anak

19:21

KOTA KINABALU – Sukar dipercayai, namun tidak mustahil apabila seorang ibu yang lebih penting wang daripada nyawa anaknya.
Contohnya adalah, seorang wanita tidak membenarkan cermin keretanya dipecahkan bagi menyelamatkan anaknya, selagi dia tidak diberikan RM200.
StarOnline melaporkan, wanita itu meminta wang tersebut apabila orang ramai mahu memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan anaknya yang terkunci di dalam keretanya.
Wang tersebut dikatakan bagi memastikan cermin berkenaan boleh digantikan kelak jika dipecahkan.
Terdahulu, wanita tersebut dan anak perempuannya yang berumur kira-kira lima tahun, dikatakan telah meninggalkan anak lelakinya itu yang tertidur di dalam kereta yang enjinnya masih hidup untuk pergi ke restoran di Bandaran Berjaya tengah hari tadi.



Menurut saksi yang sedang makan di restoran itu, wanita berkenaan yang sebelum itu dilihatnya meninggalkan kereta kemudiannya kelihatan sedang mencuba untuk membuka pintu kereta namun, gagal.
Orang ramai mula mengerumuni kereta itu dan menasihatkan wanita berkenaan supaya memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan anaknya. Bagaimanapun, wanita itu enggan berbuat demikian selagi tidak diberikan wang RM200.
Kedegilan wanita itu menyebabkan dua orang lelaki , masing-masing memberikan RM100, bila mana mereka dibenarkan memecahkan cermin kereta itu.
Bagaimanapun, bunyi bising mereka cuba memecahkan cermin telah mengejutkan kanak-kanak yang berusia antara tujuh ke lapan tahun itu dan terjaga daripada tidur.
Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun seorang pegawai perubatan yang kebetulan berada di situ melakukan pemeriksaan ringkas ke atasnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...