Searching...

Best Offer

Popular Posts

Saturday 27 December 2014

Pemandu Berparang !

09:30
Beberapa keping gambar muncul di Facebook pagi ini memperlihatkan seorang lelaki yang kelihatan begitu marah melibas parang.

Gara-gara berlaku perselisihan faham dengan seorang pemandu lori, seorang lelaki bertindak ganas dengan menggunakan parang untuk menyelesaikan masalah di Desa Murni menuju ke lebuh raya Sungai Dua.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa yang lalu, pemandu kereta Perodua Alza, bernombor pendaftaran WUA3869, dipercayai tidak berpuas hati dengan pemandu lori (si perakam video).

Lelaki itu berhenti di tepi jalan dan kemudian mengarahkan pemandu lori berkenaan berhenti dan keluar. Namun pemandu berkenaan enggan menuruti kehendaknya yang menyebabkan lelaki terbabit membaling batu ke arah tingkap lori terbabit.

Berang dengan tindakan lelaki terbabit, pemandu lori itu keluar dan memaki hamun lelaki itu dengan kata-kata kesat.

Lelaki terbabit kemudian masuk ke dalam keretanya dan menunjukkan parang di tangan sebelum beredar pergi. 

Pemandu lori dan rakannya sempat merakam kejadian berkenaan. 



Note : Kita yang tak tahu apa ni jangan membuat spekulasi secara membuta tuli. kita tak tahu apa kejadian sebenarnya yang berlaku. mugkin ada perkara yang lebih besar berlaku disebalik gambar ini sehingga abang ni mengeluarkan parang untuk mempertahankan diri atau haknya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...