Kematian eksekutif
penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar bawah) lebih tragis daripada laporan
sebelum ini dengan fakta baru diterima.
Polis petang ini mengesahkan
beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.
Ketua Polis Ampang Amiruddin
Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke
hospital namun sudah terlambat.
"Saksi melihat dua lelaki
cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang
penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.
Laporan awal mendapati mangsa
maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.
Dua penjenayah melarikan diri
menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka
keciciran dompet.
Kejadian berlaku di hadapan kondominium
Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.
Shahrinawati, 30, diserang ketika
keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.
Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan
kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.
"Dia seorang yang tegas bila
bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa
pada petang Rabu ketika sesi taklimat.
Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain,
53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.
"Ini sudah ditakdirkan. Biar
polis yang menyiasat," katanya.
Rakan dan
saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan
penghormatan terakhir. - 29 Ogos, 2013
.
0 comments:
Post a Comment