Kejadian dirakam di tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Kuantan, dipercayai pada 14 Julai 2014. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Jesicca Qi dengan caption tertulis Yesterday at the Kuantan Miss captured a very red == "you help her".
Video Wanita Model Kerja Kahwin Pemilik Peugeot CDM25
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi, namun kebanyakkannya menyesali perbuatan atau reaksi yang diperlakukan oleh wanita tersebut. Apa yang dipertunjukan oleh wanita tersebut seperti histeria dan hilang pertimbangan memarahi dan bersikap biadap kepada lelaki tua yang berkali-kali memohon maaf atas ketidaksengajaan yang terjadi.Histeria Terlajak Biadap Peugeot CDM25 Dilanggar
Malang tidak berbau. Apa yang berlaku ialah kereta seorang lelaki tua yang dipercayai berbangsa Cina telah tidak sengaja terlanggar belakang kereta Peugeot yang baru sahaja dimiliki oleh wanita tersebut dengan nombor plet pendaftaran CDM25. Kereta Peugeot itu yang tentunya mahal harganya disiasat akan tamat pendaftaran pada 22 Jun 2015.Difahamkan kereta Peugeot warna putih itu didaftarkan bawah nama sebuah syarikat iaitu Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd. Anda boleh tengok pendaftaran kereta tersebut di sini -denaihati.com/gadis-peugeot-cdm25-terlajak-biadab/
Pemilik kenderaan Peugeot ini seorang wanita seperti terkena histeria mengamuk ke arah kereta yang melanggar bahagian belakang keretanya. Lebih menggemparkan ialah wanita itu membawa stereng kereta, mengetuk-ngetuk kereta yang dinaiki seorang lelaki tua berbangsa Cina yang tidak sengaja melanggar dari belakang. Perlakuan wanita itu tidak ubah seperti samseng dan amat memalukan.
Facebook dan Instagram Kerja Kahwin Dikaitkan Dengan Wanita Peugeot CDM25
Facebook Peribadi Pemilik CDM25 Tutup
Kemungkinan besar Facebook dimiliki oleh wanita ini telah diserang oleh komen-komen dari pengguna lain yang berang dan tidak puas hati dengan apa yang telah diperlakukan oleh pemilik Kerja Kahwin Sdn. Bhd ini. Dan saya fikirlah, tak lama lagi mungkin Facebook Kerja Kahwin juga akan tidak wujud setelah ternampakkan beberapa komen ke fanpage tersebut.Agak tidak wajar tindakan yang dibuat oleh wanita tersebut, apatah lagi setelah lelaki tua itu berkali-kali memohon maaf dan menyatakan hasrat akan membayar ganti rugi. Lagipun, kemalangan ini hanyalah kemalangan kecil yang tidak sepatutnya membawa kepada watak histeria wanita pemilik CDM25.
Inilah ujian Allah S.W.T ke atas hambaNYA agar sentiasa ingat dan tahu bersyukur. Ironinya kejadian ini telah mengingatkan pada satu status yang ditulis di dinding Facebook wanita Peugeot CDM25 pada Oktober 2013.
0 comments:
Post a Comment